aku dan lagu... ^__^

hari ni buka laptop dn pasang lagu.. tiba2 jari ni terklik satu lagu nasyid...1st time dengar, sangat-sangatlah touching...slama ni memang tak pernah perasan lagu ni ada dlm laptop...jom dengar kat sini


Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur
TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan


p/s : ada pesan dalam setiap bait...T_T

hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih

ooopppss...semua dokumen dalam handycam hilang gara-gara terklik butang 'delete all'...yang paling penting, video sesi temuramah dengan beberapa orang guru besar..aiissshh...sesi temuramah yang panjang semuanya sia2 gara2 tertekan.. apa nak buat, benda dah jadi.. aku tak menyerah gitu saja.. petang itu juga aku kelilingi sekolah (fakulti) semata-mata mahu berjumpa dengan mana2 guru besar yang sanggup ditemuduga...selepas ber'tawaf beberapa kali...last sekali, aku terjumpa dengan guru besar yang 'on the way' ke tandas... akhirnya, aku tak tunggu... aku terus buka handycam dan terus menemuramah guru besar tu... aku sangka cuma seorang, rupanya ada ramai lagi guru besar dalam satu kelas.... waaa..happynya.. yang hilang, diganti dengan yang lebih baik...
moral of the story; hendak seribu daya... tak hendak seribu dalih...kalau buat sesuatu, perlu nekad... perlu berusaha.. orang yang rajin akan sentiasa cari jalan.. orang yang malas biasanya mencari alasan.. tanggungjawab adalah amanah tuhan.. renungi kejadian semut...... rajin dan gigih..

dalam kita mendongak ke langit...jangan dilupa rumput di bumi... :-)

teringat pesan pensyarah masa kelas...
'kita takkan ada apa-apa kalau tak kerana perkara-perkara kecil.. kereta takkan berjalan kalau tak kerana 4 biji tayar yang murah tu..' pesan yang ringkas, tapi mendalam maksudnya.. kenapa agaknya manusia cepat 'lupa diri'..trutama bila sedang mendongak ke langit..pelik kan! tapi tu la namanya hidup...jom kita pesan memesan...ada salah kita betulkan..ada yang betul kita motivasikan ok!!!.. mendongak ke langit, jangan dilupa rumput di bumi............ :-)