mutiara kata tokoh yang berkeliling dikepala di awal subuh... :-)...selamat subuh...

Pesan HAMKA:

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”

berkhidmat untuk memuaskan hati seluruh umat manusia hanya akan membuat kita sentiasa kecewa dan gundah gulana.. tapi kalau berkhidmat hanya kerana yang Satu, pasti..takkan kecewa..bahkan akan sentiasa tenang dan damai berkhidmat.....hurmm... kata-kata motivasi yang berkeliling di kepala sebaik bangun tidur...

p/s..mulakan hari dengan syukur dan senyum.. ^_^

No comments:

Post a Comment